Resepi Nasi Tomato Chef Wan Paling Sedap dan Mudah

resepinasi.net – Hello… Bagaimana khabar rakan-rakan semua? Semoga dalam keadaan sihat sentiasa. Nasi tomato paling lazat jika dihidangkan bersama ayam masak merah. Sesungguhnya semua bersetuju jika makanan ini adalah satu kegemaran bagi ramai orang. Hari ini, saya ingin membuat nasi tomato yang paling lazat. Saya mendapat resepi nasi tomato chef wan ni dari internet. Inilah nasi tomato paling lazat yang pernah saya dibuat. Jika anda juga ingin membuatnya sendiri di rumah, saya akan berkongsi resipi nasi tomato ayam masak merah ni untuk anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Tomato Chef Wan Paling Sedap dan Mudah

Baca juga : Resepi Nasi Kerabu Daging Bakar Paling Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

Bahan untuk Nasi Tomato

  • 2 biji tomato – potong dadu
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 helai daun pandan
  • 3 sudu besar sos tomato – ada jugak orang guna tomato puri
  • 2 sudu butter + 1 sudu minyak masak
  • Beras

Bahan untuk Ayam Masak Merah

  • 1/2 ekor ayam – basuh dan tos
  • 3 biji bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 2 biji bawang besar – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 sudu sos cili
  • 4 sudu sos tomato
  • 4 sudu cili kisar
  • 2 biji tomato- potong 4

Cara-Cara

Cara Memasakan Nasi Tomato

  1. Panaskan butter bersama dengan minyak tadi..Pastikan api jangan terlalu besar
  2. Masukkan semua bahan hiris bersama dengan daun pandan
  3. Kacau sampai sebati dengan butter.
  4. Bila dah agak-agak garing dan naik bau, masukkan sos tomato.
  5. Bila sudah sebati,masukkan air mengikut sukatan beras yang kalian guna
  6. Masukkan garam dan perasa
  7. Bila air dah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan dan Kacau bagi rata
  8. Kemudian, masukkan dalam rice cooker

Cara Memasak Ayam Masak Merah

  1. Gaul ayam dengan kunyit dan sedikit garam.. Bagi rata je
  2. Kemudian goreng separuh masak..(jangan bagi betul2 masak takut akan jadi keras)
  3. Setelah itu, tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang(jangan sampai hangit)
  4. Masukkan bahan kisar…Kacau lagi bagi rata
  5. Masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili
  6. Gaul sampai rata dan pecah minyak
  7. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi
  8. Gaul rata.. Bila nampak kuah dah agak kering, masukkan air dan biar ia mendidih

Nota 

  • Untuk pekatkan kuah, boleh masukkan sedikit santan ya

Nasi tomato ayam masak merah ala chef Wan dah siap disajikan. Rasa nasi tomato ini adalah paling sedap. Anda harus mencubanya di rumah dan berkhidmat kepada keluarga anda. Hidangan ini adalah sempurna untuk menu makan tengahari. Semoga resepi nasi tomato chef Wan adalah memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca juga : Resepi Nasi Ayam Mudah dan Paling Sedap Wajib Cuba

Incoming search terms:

Leave a Reply