Resepi Nasi Tomato Paling Sedap dan Mudah

Hello… Bagaimana khabar pelawat blog resepinasi.net? Semoga semua rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran orang ramai di Malaysia ini adalah nasi tomato. Sesungguhnya nasi tomato memang lazat dihidangkan bersama ayam masak merah dan acar timun. Rasa makanan ini benar-benar membuat banyak orang jatuh cinta dengan hidangan ni. Nasi tomato adalah makanan yang menjadi tradisi masyarakat Malaysia. Terdapat banyak cara untuk membuat nasi tomato. Saye sebenarnya telah lama ingin membuat nasi tomato yang paling sedap ni. Bagi anda yang ingin membuat nasi tomato paling sedap, anda berada di right blog, kerana saya akan berkongsi resepi nasi tomato paling sedap untuk anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Nasi Tomato Paling Sedap dan Mudah

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Goreng Paling Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

Bahan untuk nasi tomato

  • 5 cawan beras yang sudah dicuci dan toskan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato yang sudah dicincang
  • 2 s/b minyak sapi (boleh ganti majerin)
  • 5 s/b minyak
  • garam
  • air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
  • daun pandan yang sudah disimpul (boleh ganti daun sup cincang)

Bahan hiris

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 inci Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang

Cara Memasak Nasi Tomato yang Paling Sedap

  1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah lain dalam wajan yang telah dipanaskan dengan minyak dan minyak sapi sampai warna kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan susu cair, tomato cincang, sos tomato, garam dan gaul rata.
  3. Masukkan air dan daun pandan, masak hingga air mendidih.
  4. Lepas tu masukkan beras.
  5. Gaul sekejap beras tu dan alihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti biasa.
  6. Bila nasi sudah kering, kacau rata perlahan-lahan supaya nasi tidak patah dan hancur.
  7. Siap dihidangkan

Nasi tomato paling sedap dah siap untuk dihidangkan. Nasi tomato ni menurut saya memiliki rasa yang paling lezat. Resep ini cocok untuk seluruh keluarga saya. Mereka setuju jika nasi tomato ni yang paling rasa sedap. Anda yang penasaran ingin membuatnya? silahkan mencoba resepi nasi tomato paling sedap ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan Anda. Selamat mencuba dan mudah-mudahan berfaedah 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Lemak Sambal Sotong Sedap dan Mudah

Incoming search terms:

Leave a Reply