Resepi Sambal Hijau Nasi Padang Pedas dan Sedap

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Saye kembali lagi untuk berkongsi dengan teman. Anda pernah makan nasi padang? padang di sini bukanlah sebuah padang bola, tetapi padang di sini adalah salah satu kawasan yang ada di Indonesia. Makanan Padang adalah sangat popular di Indonesia, hampir semua orang tahu masakan padang ni. Masakan Padang mempunyai ciri-ciri menggunakan santan. Banyak lauk nasi padang disediakan menggunakan santan. Selain dari rendang, ada lagi yang membuat sebuah masakan padang menjadi salah satu masakan yang istimewa, ia adalah sambal hijau. Sambal hijau nasi padang mempunyai rasa yang khas, pedas dan sedap. Ini adalah sambal yang spesial, anda harus mencubanya. Buat masa ini saya akan berkongsi resepi sambal hijau nasi padang untuk anda cuba di rumah. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Sambal Hijau Nasi Padang Pedas dan Sedap

Baca Juga : Resepi Sambal Nasi Lemak Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

  • 250 gram Cili hijau besar, buang tangkainya
  • 50 gram Cili padi hijau *Sekiranya suka pedas
  • 4 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • 2 Biji tomato hijau
  • 3 sendok teh minyak goreng, untuk menggoreng
  • ½ Sudu teh air limau nipis
  • Gula pasir secukupnya
  • Garam secukupnya

Cara Membuat

  1. Potong Cili Hijau dan Cili Padi Hijau
  2. Kukus Cili hijau dan Cili Padi hijau bersama dengan bawang merah, tomato hijau, dan bawang putih lebih kurang 5 ke 10 minit. Angkat
  3. Jika bahan – bahan sudah lembut, tumbuk bahan yang dikukus secara kasar (Boleh menggunakan lesung dan tidak terlalu lumat).
  4. Panaskan minyak goreng dan tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga sebati dan berbau harum
  5. Tambahkan gula, air limau nipis dan garam pada tumisan dan kacau rata
  6. Setelah masak,hidangkan dengan nasi panas dan lauk yang lain.

Bagi Anda yang pernah ke Indonesia dan merasa nasi padang dengan sambal hijau, pasti anda bersetuju jika makanan itu benar-benar sedap. Bagi anda yang belum pernah ke Indonesia, anda tidak perlu pergi ke sana, kerana anda kini boleh buat sendiri di rumah. Sila cuba resep sambal hijau nasi padang ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Kerabu Kelantan Mudah dan Sedap

Leave a Reply