Resepi Sambal Nasi Lemak Sedap dan Mudah

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Semoga teman selalu healthy yer. Oke entry kali ni saye nak kongsikan resepi sambal nasi lemak. Nasi lemak dah saye post in other entry. Now saye kongsikan resepi sambal nasi lemak sahaja. Sambal nasi lemak tu bahan utama nye ikan bilis. Ikan bilis tu ikan kecik yang banyak terdapat di lautan. Ikan bilis ni umumnye telah diawet kering guna tujuan perasa and ditambah ke hidangan antaranya nasi lemak ni. Ikan bilis ni banyak faedah kerana mangandungi selenium, Polyunsaturated asid lemak, Kalium, Vitamin Penting and kasium dan protein. Ye la enough for ikan bilis. Now langsung sahaja saya kongsikan resepi nye.

Resepi Sambal Nasi Lemak Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan :

  • 1 Cawan Bilis (Siap Kopek)
  • 20 Helai Cili Kering (Dikisar)
  • 2 Biji Bawang Kecil (Dikisar)
  • 2 Biji Bawang Besar (Dikisar)
  • 1/2 Biji Bawang Besar (Dihiris)
  • 4 Ulas Bawang Putih (Dikisar)
  • 1 Cawan Minyak Masak
  • Garam (Secukupnya)
  • Gula (Secukupnya)
  • Air Asam Jawa (Secukupnya)

Nota: Jika bawang besar yang digunakan bersaiz agak kecil, masukkan empat biji semasa cili dikisar. Jika bawang besar bersaiz betul-betul besar, cukup sekadar dua biji.

Baca Juga : Resepi Nasi Minyak Terengganu Mudah dan Sedap

Cara-Cara :

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
  2. Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
  3. Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
  4. Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam.
  5. Kacau lagi dan lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
  6. Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
  7. Tutup api dan hidang.

Faedah Ikan Bilis.

  • Seleniumyang terkandungi dalam ikan bilis merupakan mineral yang sangat mesra jantung. Selenium ni memainkan peranan mikro nutrien dalam menjaga kesihatan dengan mencegah arteri daripada terseumbat dan mengekalkan saluran darah dalam keadaan sihat. Ini adalah sangat penting untuk mengekalkan kesihatan jantung dan mencegah strok.
  • Polyunsaturated asid lemak
    Lemak ni merupakan lemak baik seperti omega 3 asid lemak yang terkandung dalam ikan. Lemak ini sangat berkesan dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular apabila dimakan dalam jumlah yang sederhana. Selain tu lemak ni pon boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.
  • Kalium
    Kalium dalam ikan bilis ni memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan saraf dan otak bagi membolehkan ia berfungsi sempurna. Tahap kalium yang sihat juga perlu untuk mengekalkan kesihatan otot.
  • Vitamin Penting
    Vitamin dalam ikan bilis tu seperti Vit A, D dan E. Vitamin ni adalah perlu bagi menggalakan dan mengekalkan kesihatan tulang selain mengekalkan sistem imun dalam keadaan sempurna.
  • Kalsium dan Protein
    Protein dan kalsium dalam ikan bilis memastikan oto dan tisu anda kekal dalam keadaan baik. Pengambilan kalsium juga perlu bagi memastikan tulang anda tetap kuat.

Memang sedap sambal nasi bilis tu. Selain tu banyak pulak faedah nye. Tak pantas la teman tak cuba buat dirumah. Sambal ni boleh juga dihidangkan bersama nasi lain. Oke sekian entry resepi sambal nasi lemak ni. Semoga berfaedah and selamat mencuba.

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Mudah dan Paling Sedap Wajib Cuba

Incoming search terms:

Leave a Reply