Resepi Sambal Tumis Nasi Lemak Yang Sedap dan Mudah

resepinasi.net – Salam Sejahtera semua teman. Siapa yang tidak tahu kelazatanya nasi lemak? Pasti semua orang sudah tahu. Nasi lemak adalah salah satu makanan kegemaran di Malaysia. Nasi lemak mempunyai rasa yang lazat dan digemari di kalangan orang ramai. Membuat Nasi lemak adalah juga mudah. Salah satu faktor yang membuat rasa nasi lemak menjadi lebih istimewa adalah sambalnya. OK, buat masa ini saya akan berkongsi resepi sambal tumis nasi lemak yang sedap untuk anda. Inilah sambal khas untuk dalam hidangan nasi lemak. Untuk anda peminat rasa pedas, anda mesti mencubanya. Jom yang langsung sahaja kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Sambal Tumis Nasi Lemak Yang Sedap dan Mudah

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Hainan Paling Sedap dan Mudah

Bahan-Bahan

  • Cili kering yang sudah diblend dalam 3 senduk sederhana
  • Sebiji bawang besar yang dihiris
  • 3 ulas bawang merah sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • setengah gengam ikan bilis
  • air perahan asam jawa
  • garam
  • gula
  • serbuk perasa
  • Minyak secukupnya untuk memasak sambal

Cara Menyediakan

  1. Tumbuk atau blend bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.Hiris bawang besar.Saya suka hirisan bawang besar yang sedikit tebal supaya kita dapat meratahnya dengan nasi.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Masukkan terlebih dahulu bawang besar yang dihiris tadi.Bawang besar yang digoreng terlebih dahulu juga antara petua untuk dapatkan sambal tumis yang sedap.Bila naik bau, barulah masukkan pula bahan yang ditumbuk atau dikisar tadi.
  4. Masukkan pula cili kering yang sudah diblend.Sambal tumis akan berasa lebih enak jika menggunakan cili kering dan bukan cili boh yang banyak dipasaran.
  5. Pastikan minyak mencukupi supaya cili kering itu dapat masak dengan sepenuhnya.
  6. Masukkan air dalam setengah cawan sahaja dan kacau perlahan.Jika anda masukkan air yang banyak, ia akan menyebabkan sambal tumis kurang bertahan lama.
  7. Masukkan perahan air asam jawa dalam dua sudu makan.Asam keping atau asam gelugor juga boleh mengantikan perahan air asam jawa.Tapi kena pastikan segera diangkat asam keping tersebut selepas sambal sudah masak.
  8. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Pastikan api sederhana atau kecil sahaja.Sambal tumis yang dimasak sehingga naik minyak akan membantu sambal tumis menjadi lebih tahan lama.
  9. Biarkan sehingga sambal tumis anda naik minyak barulah ditutup api.

Sambal tumis nasi lemak dah sedia untuk dihidang. Nasi lemak tanpa sambal tumis ia seolah-olah kurang. sambal tumis ini adalah yang paling sesuai untuk hidangan nasi lemak. Rasa nasi lemak menjadi lebih lazat dan mantap. Sila cuba resepi sambal tumis nasi lemak yang sedap ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Ayam Chef Wan Sedap Dan Mudah

Incoming search terms:

Leave a Reply