Resepi Tumis Nasi Kerabu Sedap Untuk Hidangan Berbuka Puasa

resepinasi.net – Hello… Bagaimana khabar rakan-rakan semua? Semoga semua rakan-rakan dalam keadaan sihat sentiasa. Kita biasanya tahu nasi kerabu berwarna biru dengan pelbagai lauk. Tetapi, Terdapat satu resipi nasi kerabu yang tidak kalah sedap dengan nasi kerabu nasi biru ni, iaitu nasi kerabu tumis/kuning. Nasi kerabu tumis ni biasanya terdiri daripada 4 komponen yang penting, iaitu nasi, sambal, ulaman dan tumisan. Bagi anda yang pernah merasai nasi kerabu tumis, pasti bersetuju jika ia mempunyai kelazatan. Bagi Anda yang ingin membuatnya sendiri di rumah, saya akan berkongsi resepi tumis nasi kerabu sedap ni untuk anda. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya

Resepi Tumis Nasi Kerabu Sedap Untuk Hidangan Berbuka Puasa

Baca Juga : Resepi Nasi Daging Berempah Simple dan Sedap Sesuai Untuk Hidangan Berbuka Puasa

Resepi Tumis Nasi Kerabu Sedap

Masa persediaan: 20 minit
Masa memasak: 60 minit
Hidangan: 8 orang

Nasi Kuning

Bahan-bahan Untuk Nasi Kuning

  • 4 pot beras
  • Air secukupnya
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 4 helai daun limau purut

Cara Membuat Nasi Kuning

  1. Basuh beras, kemudian masukkan serbuk kunyit dan daun limau purut (untuk aroma)
  2. Tambah air dan masak nasi seperti memasak nasi putih biasa.

Tumisan / Kuah Tumis

Bahan-bahan Untuk Tumisan / Kuah Tumis

  • ½ kg santan
  • 10 biji cili kering – direndam sehingga kembang
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 sudu besar budu – optional
  • Gula melaka secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara Membuat Tumisan / Kuah Tumis

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering.
  2. Masakkan santan, bahan kisar, serai, asam keping dan masak sambil mengacau supaya santan tidak berketul.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan budu.
  4. Bila pecah minyak dan pekat, tutup api dan angkat.

Sambal Kelapa

Bahan-bahan Untuk Sambal Kelapa

  • 2 cawan kelapa parut
  • 3 ekor ikan selayang/kembung – dibakar atau rebus
  • 2 batang serai – dihiris halus
  • 5 biji bawang merah kecil
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat Sambal Kelapa

  1. Sangai (goreng tanpa minyak) kelapa parut hingga warna sedikit perang.
  2. Tumbuk serai yang dimayang bersama bawang merah, gula dan garam sehingga lumat.
  3. Kemudian tambah isi ikan dan tumbuk lagi untuk menggabung kesemuanya.
  4. Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa parut yang siap digoreng.

Kerabu

Bahan-bahan Untuk Kerabu

  1. Ulaman rasa/aroma – pucuk serai kayu / salam, daun kesum, bunga kantan
  2. Ulaman yang – kacang panjang, timun, kobis bulat, taugeh

Kerabu terbaik mengabungkan ulaman yang memberi rasa dan aroma dan ulaman yang memberi tekstur (rangup/crunchy). Tiga empat jenis ulam sudah mencukupi.

Cara Membuat Kerabu

  1. Hiris halus semua ulaman kecuali taugeh dan kacang panjang. Taugeh jangan potong, kacang panjang hiris 1/2 cm.
  2. Letak setiap ulam dalam bekas berasingan.

Cara Hidangan

  1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan, letak kerabu atas nasi, kemudian letak sambal kelapa, dan akhir sekali tuangkan tumisan.
  2. Nasi kerabu boleh dihidangan dengan ikan celup tepung, ayam bakar/goreng, daging bakar, telur asin, solok lada dan keropok keping goreng.

Nasi kerabu tumis dah siap di hidang. Nasi kerabu tumis ini memang sesuai untuk makan tengahari atau makan malam dengan keluarga atau kawan-kawan. Atau untuk hidangan berbuka puasa bersama keluarga juga adalah sesuai dengan nasi kerabu tumis ni. Sila cuba nasi resepi tumis nasi kerabu ni di rumah. Jangan lupa untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda. Selamat mencuba 😉

Baca Juga : Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Berbuka Puasa

Incoming search terms:

Leave a Reply